Dinas A Sir Abetawe (City and Country of Swansea)--Part 1
Sempena Bank Holiday kami bercadang untuk melancong di Wales. Kebetulan adik saya Azraie belajar di University of Swansea jadi sambil menyelam minum air!
Perjalanan ke Swansea sepatutnya mengambil masa 5 jam tetapi disebabkan hampir kebanyakkan penduduk UK mengambil peluang cuti panjang dengan pergi bercuti dan ditambah skrg tgh musim panas so apa lagi penuhlah jalan dengan kereta! Setelah 8 jam perjalanan alhamdulillah kami selamat tiba. Letih woooo.....
Jalan2 Swansea bermula dengan makan angin di Mumbles (melihat keindahan laut swansea) sambil melayan nurin main di park. Kemudian kami ke Marina Bay dan sempat pergi shopping di Primark...al maklum di York tak jumpa lagi Primark.